BAHAN BAHAN
1 ekor ayam - potong sesuai selera, bersihkan dan toskan
1 keping asam gelugor
4 biji kentang - kupas dan setiap 1 belah menjadi 4 bahagian dan rendam
2 kotak santan segera (asingkan ikut 1/4 pekat, yang lebih buat cair sedikit)
3 batang serai - diketuk
2 helai daun kunyit - dimayang halus
gula dan garam secukupnya
air bila perlu
BAHAN KISAR
30 biji cili padi kampung
6 biji bawang merah kecil
3 ulas bawang putih
2 inci halia
1 biji bawang besar
1 inci kunyit hidup
segenggam ikan bilis
CARA PENYEDIAAN
1. panaskan minyak dalam periuk kemudian tumis bahan kisar halus bersama dengan serai dan bila sudah harum masukan masukan ayam dan gaul hingga rata atau hingga ayam kecut. selepas tu masukan kentang yang sudah direndam dan di toskan tadi. masak hingga kentang menjadi empuk.
2. masukan santan cair bersama dengan asam gelugor dan bila kurang kuah boleh tambah sedikit air kemudian biarkan hingga mendidih.
3. masukan santan pekat kemudian kacau rata dan persakan dengan gula dan garam secukup rasa. masukan hirisan daun kunyit kemudian kacau rata.
4. akhir sekali, biarkan mendidih di api kecil dan kacau selalu dan bila ayam sudah masak boleh matikan api dan hidangkan bersama nasi panas-panas.
Ulasan
Catat Ulasan