BAHAN BAHAN
Ayam 1/2 ekor
1-2 biji Kentang
1 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
1 keping kecik asam keping
1/2 santan kotak
5 sudu besar Rempah kari Ayam/Daging
Kayu manis, bunga lawang dan pelage dua tiga biji
Halia 1 inci
daun kari setangkai
Air, Minyak Gula & Garam
CARA PENYEDIAAN
1. basuh ayam dengan bersih.
2. Sediakan Periuk masukkan minyak 3-4 sudu gitu pastu tumis bahan-bahan dalam pingan tu bwang, halia, bunga lawang, pelage, kayu manis.
3. apabila tumisan agak berbau masukkan rempah kari dan kacau kari tu bersama bahan-bahan di atas api.Seterusnya masuk air sikit supaya rempah tu mesra bersama & kacau rempah sampai naik minyak .
4. Masukkan Ayam plak & gaul-gaulkan ayam tuh dalam kari yang pekat dan tambah air lagi,biarkan ayam seketika. Masukkan kentang & daun kar. Biarkan mendidih
5. Masukkan santan.tambah air kalau nak lebih pekat.masukkan asam keping, gula dan garam. biarkan sampai mendidih dan naik minyak. SIAP.
Ulasan
Catat Ulasan