1 biji bawang besar (hiris bulat)
2 biji bawang putih (hiris)
10 tangkai cili padi (ikut suka nak pedas mana)
2 ketul ayam daging (potong sederhana)
1 ketul Bunga lawang
3 ketul cengkih
1 ketul kecil kayu manis
2 buah pelaga
Kicap
Garam secukup rasa
CARA PENYEDIAAN- Gaulkan ayam dengan kunyit kemudian goreng separuh masak dalam kuali berasingan.
- Masukkan minyak (agak-agak je). Macam Dya masukkan dalam 5 sudu minyak
- Kemudian tumis cili, bawang putih, cengkih, bunga lawang, kayu manis, pelaga hingga naik bau
- Masukkan bawang dan gaul rata dengan bahan tumis. Sekejap je
- Kemudian masukkan kicap (sukatan ikut suka korang).
- Masukkan sedikit air dalam suku cawan untuk banyakkan kuantiti kuah.
- Kalau kuah kicap nampak macam cair, tambahkan lagi kicap.
- Masukkan garam secukup rasa.
- Last sekali masukkan ayam yang dah digoreng separuh masak awal-awal tadi.
- Tunggu sampai semua dah sebati rasa, ayam dah masak sepenuhnya.
- Angkat dan hidangkan
Ulasan
Catat Ulasan