Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari 2018

AYAM PAPRIK

Bahan-Bahan 2 keping dada ayam – hiris nipis 4 biji cili padi – diketuk 2 sudu makan cili kering kisar 2 helai daun limau purut 2 ulas bawang merah – dihiris 2 ulas bawang putih dihiris 1 biji cili merah – dihiris serong 2 sudu makan sos cili 2 sudu makan sos tomato 1 sudu makan sos tiram 1/2 inci halia – hiris halus 1/2 labu bawang besar – hiris memanjang 1/2 cawan air sedikit garam sedikit kicap manis CARA PENYEDIAAN 1:   panaskan minyak dalam kuali kemudian goreng hirisan ayam hingga warnanya keputihan. selepas tu toskan dan ketepikan. 2:  sisakan sedikit minyak dalam kuali dan tumis bawang merah, halia, dan bawang putih hingga harum. kemudian masukan cili kisar dan tumis kembali hingga pecah minyak. 3:  masukan sedikit kicap manis, sos cili, sos tiram, dan sos tomato kemudian kacau rata. masukan ayam yang digoreng tadi dan gaul hingga rata. 4:  masukan serai, air, dan daun limau purut. masukan sedikit garam secukup rasa dan kacau rata. kemudian ma

AYAM KURMA

BAHAN BAHAN (untuk makan 2 orang): Bahan A- 1/4 ayam (dipotong, dibersihkan dan ditos) 1 paket rempah kurma Adabi 1 cawan santan pekat 2 cawan santan cair 2 biji kentang (dibuang kulit dan dibelah 4) 1 biji bawang besar (dibelah 6) 2 biji lada merah 1 keping asam keping Garam dan serbuk perasa secukupnya 1 kuntum bunga lawang 3 biji buah pelaga 3 kuntum cengkih 3cm kulit kayu manis 2 biji bawang merah (dihiris halus) 1 ulas bawang putih (dihiris halis) 3 hiris halia (diracik halus) *3 biji bawang kecil *2 ulas bawang putih *1cm halia *8 biji cili api CARA PENYEDIAAN 1. Tumbuk semua bahan yang bertanda *. 2. Didalam periuk, masukkan minyak untuk menumis. Dengan api yang sederhana besar, masukkan bahan yang telah dihiris tadi bersama kulit kayu manis, cengkih, buah pelaga dan bunga lawang. Bila bawang dah kuning kekuningan, masukkan bahan yang ditumbuk tadi. Kacau sebentar hingga naik bau. 3. Kemudian masukkan rempah kurma dan kacau. Masukkan santan cair, kentang, asam kep

AYAM KICAP

BAHAN BAHAN 1 biji bawang besar (hiris bulat) 2 biji bawang putih (hiris) 10 tangkai cili padi (ikut suka nak pedas mana) 2 ketul ayam daging (potong sederhana) 1 ketul Bunga lawang 3 ketul cengkih 1 ketul kecil kayu manis 2 buah pelaga Kicap Garam secukup rasa CARA PENYEDIAAN Gaulkan ayam dengan kunyit kemudian goreng separuh masak dalam kuali berasingan. Masukkan minyak (agak-agak je). Macam Dya masukkan dalam 5 sudu minyak Kemudian tumis cili, bawang putih, cengkih, bunga lawang, kayu manis, pelaga hingga naik bau Masukkan bawang dan gaul rata dengan bahan tumis. Sekejap je Kemudian masukkan kicap (sukatan ikut suka korang). Masukkan sedikit air dalam suku cawan untuk banyakkan kuantiti kuah. Kalau kuah kicap nampak macam cair, tambahkan lagi kicap. Masukkan garam secukup rasa. Last sekali masukkan ayam yang dah digoreng separuh masak awal-awal tadi. Tunggu sampai semua dah sebati rasa, ayam dah masak sepenuhnya. Angkat dan hidangkan

AYAM BUTTERMILK

BAHAN BAHAN 2 ketul besar ayam, bahagian dada 1/2 tin susu cair 3 ulas bawang putih, hiris halus 1/2 biji bawang besar holland atau bawang besar biasa, potong dadu 4 sudu besar mentega 2 tangkai daun kari 4 biji cili padi Bahan-bahan untuk tepung salutan ayam 2-3 sudu besar tepung gandum 1 sudu besar serbuk karI 1 biji telur Sedikit garam Air secukupnya CARA PENYEDIAAN Potong dadu isi ayam, bersihkan dan toskan airnya. Masukkan telur dan garam ke atas ayam dan gaulkan sebati. Masukkan tepung, serbuk kari dan sedikit air. Kacau supaya tepung pekat dan menyaluti ayam. Perap selama 30 minit atau lebih. Goreng ayam di dalam minyak panas sehingga garing. Angkat dan ketepikan. Cara-cara untuk ayam buttermilk: Dalam kuali, panaskan butter sehingga cair dan tumis bawang putih, cili dan daun kari sehingga naik bau. Masukkan susu cair dan bawang besar. Kemudian masukkan ayam yang digoreng tadi. Masak sehingga kuah sedikit pekat. Perasakan dengan ga

AYAM GORENG MADU

Bahan-bahan  6 ketul ayam yg sudah di rebus dgn sedikit garam - angkat dan toskan. 2 inci halia - parut 3 sudu makan kicap pekat 1 sudu makan sos tiram 2-3 sudu makan madu 1 sk blackpepper - optional Cara-cara penyediaan  Perap ayam ngan semua bahan sekurang2nya satu jam. Panaskan minyak. (biasanya hana guna kuali non stick ngan minyak sket je) Goreng ayam hingga keitam2an. itam bukan bermakna geseng yer! tkyah goreng lama2 sbb ayam dh masak! cume nk keringkan bhgn luar ayam tuh jer. bleh juga dbakar menggunakan oven. Enak dmakan dengan nasi ayam atau dratah begitu sajer!

AYAM MASAK LEMAK CILI PADI

BAHAN BAHAN 1 ekor ayam - potong sesuai selera, bersihkan dan toskan 1 keping asam gelugor 4 biji kentang - kupas dan setiap 1 belah menjadi 4 bahagian dan rendam 2 kotak santan segera (asingkan ikut 1/4 pekat, yang lebih buat cair sedikit) 3 batang serai - diketuk 2 helai daun kunyit - dimayang halus gula dan garam secukupnya air bila perlu BAHAN KISAR 30 biji cili padi kampung  6 biji bawang merah kecil 3 ulas bawang putih 2 inci halia 1 biji bawang besar 1 inci kunyit hidup segenggam ikan bilis CARA PENYEDIAAN 1. panaskan minyak dalam periuk kemudian tumis bahan kisar halus bersama dengan serai dan bila sudah harum masukan masukan ayam dan gaul hingga rata atau hingga ayam kecut. selepas tu masukan kentang yang sudah direndam dan di toskan tadi. masak hingga kentang menjadi empuk. 2. masukan santan cair bersama dengan asam gelugor dan bila kurang kuah boleh tambah sedikit air kemudian biarkan hingga mendidih. 3. masukan santan pek

AYAM KARI

BAHAN BAHAN Ayam 1/2 ekor  1-2 biji Kentang  1 labu bawang besar  4 ulas bawang putih 1 keping kecik asam keping 1/2 santan kotak 5 sudu besar Rempah kari Ayam/Daging Kayu manis, bunga lawang dan pelage dua tiga biji Halia 1 inci daun kari setangkai Air, Minyak Gula & Garam CARA PENYEDIAAN 1. basuh ayam dengan bersih. 2. Sediakan Periuk masukkan minyak 3-4 sudu gitu pastu tumis bahan-bahan dalam pingan tu bwang,  halia, bunga lawang, pelage, kayu manis. 3. apabila tumisan agak berbau masukkan rempah kari dan kacau kari tu bersama bahan-bahan di atas api.Seterusnya masuk air sikit supaya rempah tu mesra bersama &  kacau rempah sampai naik minyak . 4. Masukkan Ayam plak & gaul-gaulkan ayam tuh dalam kari yang pekat dan tambah air lagi,biarkan ayam seketika. Masukkan kentang & daun kar. Biarkan mendidih 5. Masukkan santan.tambah air kalau nak lebih pekat.masukkan asam keping, gula dan garam. biarkan sampai mendidih dan naik minya

AYAM MASAK MERAH

BAHAN BAHAN 1/2 ekor ayam sedikit garam kunyit Bahan-bahan kisar 4-5 biji cili kering 1 cm halia 2 ulas bawang putih 1 labu bawang besar 1 biji tomato-potong dadu 1/2 cawan sos tomato Bahan Hias  1/2 biji bawang besar- potong bulat kacang hijau secukupnya CARA PENYEDIAAN Bersih ayam. Potong kecil-kecil dan gaul dengan garam kunyit. Goreng sehingga 2/3 masak Tumis bahan kisar kecuali sos tomato dan tomato sehingga naik bau. Kemudian barulah dimasukkan sos dan buah tomato. Tumis sehingga naik minyak. Masukkan ayam. Biar kuah jadi pekat. Sekali sekala hendaklah digaul balikkan. Bila kuah dah pekat bolehlah masuk bahan-bahan hias. Biar 1-2 minit. Kemudian padamkan api.

AYAM RENDANG

BAHAN BAHAN 1kg ayam 5inci lengkuas 5inci halia 1inci kunyit(nk guna serbuk kunyit pn blh) 5 ulas bawang putih 2 keping asam keping 2 helai daun kunyit sedikit cili giling kerisik (dari 1 biji kelapa) 2biji bawang besar 4 Helai daun limau purut Santan pekat (dari 1 biji kelapa) Garam dan serbuk perisa secukup rasa. sedikit gula CARA PENYEDIAAN Blend lengkuas/halia/bawang putih/bawang besar/kunyit. Perapkan ayam yg telah di bersihkan tadi dgn bahan2 yg telah di kisar.(Perap selama 1jam/lebih lama lebih baik) masukkan juga cili giling,garam/serbuk perisa dan sedikit gula. Hiris daun kunyit halus2/daun limau purut di cerai2 kan kasar2. Tumiskan sedikit bawang dan daun limau purut sehingga naik bau dan juga asam keping. Masukkan ayam yg telah di perap tadi,kacau sekejap.. masukkan pula kerisik/santan dan sedikit air. Biar sampai mendidih,masak hingga ayam empuk.