Langkau ke kandungan utama

AYAM PAPRIK


Bahan-Bahan
  • 2 keping dada ayam – hiris nipis
  • 4 biji cili padi – diketuk
  • 2 sudu makan cili kering kisar
  • 2 helai daun limau purut
  • 2 ulas bawang merah – dihiris
  • 2 ulas bawang putih dihiris
  • 1 biji cili merah – dihiris serong
  • 2 sudu makan sos cili
  • 2 sudu makan sos tomato
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 1/2 inci halia – hiris halus
  • 1/2 labu bawang besar – hiris memanjang
  • 1/2 cawan air
  • sedikit garam
  • sedikit kicap manis

CARA PENYEDIAAN
1: panaskan minyak dalam kuali kemudian goreng hirisan ayam hingga warnanya keputihan. selepas tu toskan dan ketepikan.
2: sisakan sedikit minyak dalam kuali dan tumis bawang merah, halia, dan bawang putih hingga harum. kemudian masukan cili kisar dan tumis kembali hingga pecah minyak.
3: masukan sedikit kicap manis, sos cili, sos tiram, dan sos tomato kemudian kacau rata. masukan ayam yang digoreng tadi dan gaul hingga rata.
4: masukan serai, air, dan daun limau purut. masukan sedikit garam secukup rasa dan kacau rata. kemudian masukan sayur-sayuran yang dah dihiris tadi dan bawang besar. selepas tu masak sampai sayur tadi agak empuk.
5: Akhir sekali, bila dah masak angkat dan hidangkan bersama nasi panas.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

AYAM KARI

BAHAN BAHAN Ayam 1/2 ekor  1-2 biji Kentang  1 labu bawang besar  4 ulas bawang putih 1 keping kecik asam keping 1/2 santan kotak 5 sudu besar Rempah kari Ayam/Daging Kayu manis, bunga lawang dan pelage dua tiga biji Halia 1 inci daun kari setangkai Air, Minyak Gula & Garam CARA PENYEDIAAN 1. basuh ayam dengan bersih. 2. Sediakan Periuk masukkan minyak 3-4 sudu gitu pastu tumis bahan-bahan dalam pingan tu bwang,  halia, bunga lawang, pelage, kayu manis. 3. apabila tumisan agak berbau masukkan rempah kari dan kacau kari tu bersama bahan-bahan di atas api.Seterusnya masuk air sikit supaya rempah tu mesra bersama &  kacau rempah sampai naik minyak . 4. Masukkan Ayam plak & gaul-gaulkan ayam tuh dalam kari yang pekat dan tambah air lagi,biarkan ayam seketika. Masukkan kentang & daun kar. Biarkan mendidih 5. Masukkan santan.tambah air kalau nak lebih pekat.masukkan asam keping, gula dan garam. biar...

AYAM KURMA

BAHAN BAHAN (untuk makan 2 orang): Bahan A- 1/4 ayam (dipotong, dibersihkan dan ditos) 1 paket rempah kurma Adabi 1 cawan santan pekat 2 cawan santan cair 2 biji kentang (dibuang kulit dan dibelah 4) 1 biji bawang besar (dibelah 6) 2 biji lada merah 1 keping asam keping Garam dan serbuk perasa secukupnya 1 kuntum bunga lawang 3 biji buah pelaga 3 kuntum cengkih 3cm kulit kayu manis 2 biji bawang merah (dihiris halus) 1 ulas bawang putih (dihiris halis) 3 hiris halia (diracik halus) *3 biji bawang kecil *2 ulas bawang putih *1cm halia *8 biji cili api CARA PENYEDIAAN 1. Tumbuk semua bahan yang bertanda *. 2. Didalam periuk, masukkan minyak untuk menumis. Dengan api yang sederhana besar, masukkan bahan yang telah dihiris tadi bersama kulit kayu manis, cengkih, buah pelaga dan bunga lawang. Bila bawang dah kuning kekuningan, masukkan bahan yang ditumbuk tadi. Kacau sebentar hingga naik bau. 3. Kemudian masukkan rempah kurma dan kacau. Masukkan santan cair, kentang, asam kep...

AYAM KICAP

BAHAN BAHAN 1 biji bawang besar (hiris bulat) 2 biji bawang putih (hiris) 10 tangkai cili padi (ikut suka nak pedas mana) 2 ketul ayam daging (potong sederhana) 1 ketul Bunga lawang 3 ketul cengkih 1 ketul kecil kayu manis 2 buah pelaga Kicap Garam secukup rasa CARA PENYEDIAAN Gaulkan ayam dengan kunyit kemudian goreng separuh masak dalam kuali berasingan. Masukkan minyak (agak-agak je). Macam Dya masukkan dalam 5 sudu minyak Kemudian tumis cili, bawang putih, cengkih, bunga lawang, kayu manis, pelaga hingga naik bau Masukkan bawang dan gaul rata dengan bahan tumis. Sekejap je Kemudian masukkan kicap (sukatan ikut suka korang). Masukkan sedikit air dalam suku cawan untuk banyakkan kuantiti kuah. Kalau kuah kicap nampak macam cair, tambahkan lagi kicap. Masukkan garam secukup rasa. Last sekali masukkan ayam yang dah digoreng separuh masak awal-awal tadi. Tunggu sampai semua dah sebati rasa, ayam dah masak sepenuhnya. Angkat dan hidangkan